Salam PKP 3.0

Salam…Kak Shaz nak tanya ni uol OK ke masa PKP 3.0 ni? Iya lah memang susahkan..tapi nak buat camne…Kak Shaz pun tak tau nak buat apa lagi. Jual tepi jalan sudah..meniaga bazar Ramadhan sudah…meniaga online pun sudah! Tengah cari ‘ilham’ ni…camne nak teruskan kehidupan? Korang ada cadangan tak? Kalau ada apa-apa yang kita boleh share untuk kebaikan bersama kan… Apapun korang take care ya #kitajagakita tau. Dah takde sapa peduli peniaga cam kita ni so jaga diri baik-baik. Ambik vaksin!..nape nak ambik vaksin/.. ok kak SHaz bagi 2 sebab jer yang kak SHaz rasa masuk akal dan berbaloi. 1. Bila kita dah divaksin…kalau kena covid pun (na’uzibillah) ianya tak kan merebak jadi lebih teruk. Maknanya kita tak sampai masuk hospital in sya Allah. Sebab ke 2… Bila kita ambil vaksin..kita dapat putuskan rangkaian Covid19 dari terus bercambah. Jadi gais rangkaian virus ni akan mengecil dan makin kurang lah yang kena Covid19. Lebih kuramh gitu lah yang kak Shaz faham. So tunggu apa lagi gais…jom ambil vaksin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *